Monday, March 2, 2009

Lahir pd thn 80an

Budak2 yg lahir pd thn 80an mesti ingat mase skolah rendah dulu:
- Kat skolah ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit.
Beli walaupun cerita buku tu dah tau.
- kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je.
Bila ade program Nilam, sibok semua nak pinjam buku.
Amik sinopsis kt belakang buku.
- RMT kat skolah mkn x best, tp yg berduit pun join RMT kalau lebih.
Siap tunggu sampai dekat habis rehat tu..x phm betul....
- Pakai pensel box yg bole bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2 dia.
- Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam.
Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!
- Pakai pembaris yg bergerigi, kat dlm ade air pastu ade bende berkilat dlm air tu.
- Cikgu pakai pembaris kuning pjg. Ade pemegang kat tgh2 tp x penah nmpk cikgu
pgg pon kat situ.
- Bulu ayam jd ramping krn sering dijadikan rotan.
- Time pendidikan seni, lukis sume boleh tp bile time kaler sume hampeh.
Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...
- Main game 2D. super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.
- Jam tgn Boy London jd idaman, sbb bole tuka2 kaler ikut suhu n cuaca.
- Takut BCG tp lepas inject poyo la pulak...
- Balik skola beli JoJo xpon Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak
mainan, coklat die x mkn pon.
- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV bole tembak alien tu...
- Siri kartun; power rangers, ultraman, transformers, ninja turtles,
Thundercats, maskman, Gaban dan mcm lg.

Jgn lupe sume ni sbb zaman skrg budak2 x
smpt lyn bende2 ni.
Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent.
Ni la baru zaman kita kawan2 pas r kt member2 korang....
Mesti diorg tersengeh2 bace mende nih...
hehehe...

Tuesday, October 14, 2008

rAyA!!

Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin
Daripada:Nizam,Hafiz,Khalil,Fuza,Ira...Yeah!!!

Wednesday, October 8, 2008

cinta macam mana??

“Minat bukan bermaksud cinta,
Bangga bukan bererti cinta,
Kagum juga bukan bermaksud cinta,
& suka pun tak serasi dengan cinta,
Malah sayang pun bukan cinta,
Tapi cinta itu adalah cinta”

KATA-KATA DARI PUJANGGA

“cinta sesama manusia banyak dipengaruhi hawa nafsu dan tiada puasnya”

“mencintai seseorang tak semestinya memiliki dirinya. Jika benar-benar mencintai seseorang , kita akan bahagia melihat kehidupannya sejahtera , cinta bukanlah syarat memiliki seseorang”

“cinta adalah ibarat hujan , selebat dan selama manapun , ia pasti akan reda”

KATA-KATA DARI IMAM GHAZALI MENGINGATKAN

“kebahagiaan sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan”

KATA-KATA DARI SEORANG TOKOH TERKENAL (HAMKA)

“cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan ,
cinta bukan mengajar menghinakan diri , tetapi menghembuskan kegagahan ,
cinta bukan melemahkan semangat , tetepi membangkitkan semangat ,”

Monday, October 6, 2008

bacalah...

Baca jika anda ada masa untuk ALLAH.
Bacalah sehingga habis.

Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi keberkatan untuk
membaca terus hingga ke penghujung.

ALLAH ,
bila saya membaca e-mail ini, saya fikir saya tidak ada masa untuk ini....
Lebih lebih lagi diwaktu kerja.

Kemudian saya tersedar bahawa pemikiran semacam inilah yang .... Sebenarnya,
menimbulkan pelbagai masaalah di dunia ini.

Kita cuba menyimpan
ALLAH didalam
MASJID
pada hari Jumaat......

Mungkin malam JUMAAT?
Dan sewaktu solat MAGHRIB SAJA?
Kita suka ALLAH pada masa kita sakit....
Dan sudah pasti waktu ada kematian...

Walaubagaimanapun kita tidak ada masa atau ruang untuk ALLAH waktu bekerja
atau bermain?

Kerana... Kita merasakan diwaktu itu kita mampu dan sewajarnya mengurus
sendiri tanpa bergantung padaNYA.

Semoga ALLAH mengampuni
aku kerana menyangka......

Bahawa nun di sana
masih ada tempat dan waktu
dimana ALLAH bukan lah yang paling utama dalam hidup ku. (nauzubillah)

Kita sepatutnya senantiasa mengenang akan segala yang telah DIA berikan
kepada kita.

DIA telah memberikan segala-galanya kepada kita sebelum kita meminta.
RENUNGKANLAH

Sebarkan lah seandaianya ANDA BENAR-BENAR MENGHAYATI!!!

Ya aku CINTA ALLAH

Dia adalah sumber kewujudanku dan Penyelamatku

Allah yang mengerakkan
ku setiap detik dan hari. TanpaNYA aku adalah
HAMPAS yang tak berguna.

Ini adalah ujian yang mudah.

Kalau anda benar meyintai ALLAH dan tidak berasa malu akan segala kebaikan
yang telah diberi ALLAH kepada mu...

Kirimkan kepada 10 orang dan kepada pengirim anda.

Sekarang!!! Anda ada masa kah untuk berbuat demikian?

Pastikan anda scroll hingga ke penghabisan.

SusahvsSenang

Kenapa susah sangat nak sampaikan kebenaran?

Kenapa mengantuk dalam MASJID
tetapi sebaik saja selesai
ceramah kita segar kembali?

Kenapa mudah sekali membuang e-mail agama tetapi kita bangga mem 'forward'
kan email
yang tak senonoh?

Hadiah yang paling istemewa yang pernah kita terima.
Solat adalah yang terbaik....
Tidak perlu bayaran , tetapi ganjaran lumayan.

Notes: Tidak kah melucukan betapa mudahnya bagi manusia TIDAK Beriman
PADA ALLAH setelah
itu hairan kenapakah dunia ini menjadi neraka bagi mereka.

Tidakkah melucukan bila seseorang berkata 'AKU BERIMAN PADA
ALLAH' TETAPI SENTIASA MENGIKUT SYAITAN. (who, by the way, also 'believes'
in ALLAH).