1.CAJ PEGUAM
seorang lelaki yg ingin mendapatkan khidmat peguam bagi menyelesaikan isu saman terhadap jirannya yg suka mengintai,berjumpa seorang peguam terkenal di ibu kota.
Oleh krn bajetnya terhad,dia terpaksa mengutamakan soal harga terlebih dahulu.
LELAKI:Berapa caj untuk khidmat peguam di sini.
PEGUAM:RM200 untuk soalan.
LELAKI:Eh!Adakah itu harga paling rendah tuan boleh tawarkan?
PEGUAM:Ya, jadi apakah soalan ketiga awak??
2.SI DOL
Seorang CIKGU menyoal anak muridnya,DOL mengenai peribahasa.
CIKGU:Dol, lengkapkan peribahasa ini 'patah tumbuh, hilang...?
DOL:Ala cikgu, kenapa bagi peribahasa yang senang sangat.
CIKGU:Jawab 'jelah' Dol.
DOL:Kalu patah, mestilah tumbuh balik cikgu.Tapi kalau hilang, ayah saya cakap mesti laporkan pada polis.Betul tak jawapan saya cikgu?
CIKGU:Dol! Lain kali kalau tak tau jangan berklagak.'patah tumbuh, hilang berganti'
DOL:Tapi cikgu, nak ganti apa?
CIKGU:?????
3.SAKIT KRONIK
Seorang wanita dikejarkan ke hospital kerana mengalami sakit kronik.Dia dimasukkan ke bilik kecemasan sementara suaminya menunggu di luar.Selang beberapa minit, seorang doktor pakar masuk membawa beg peralatannya.Tiba-tiba doktor tersebut keluar semula dan menjerit:
DOKTOR:Misi! Bawakan saya playar, cepat!
setelah jururawat menghantar playar, tidak sampai seminit doktor itu ,keluar semula.
DOKTOR:Misi! carikan saya pemutar skru!
pemuter skru pun dihantar tetapi selang seminit doktor keluar lagi.
DOKTOR:Misi! Cepat bawakan tukul.
suami wanita yang sakit mulai panik.Dia terus berjumpa doktor pakar itu.
SUAMI:Kenapa doktor? Teruk sangatkah sakitnya??
DOKTOR:Bukan, beg peralatan saya susah hendak dibuka.
Monday, August 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
klu aku la jadi suami kpd isteri yg skit 2.tentu aku dh mluru msuk untuk tgok keadaan isteriku..
spe x syg bini oiiii!!!.
Post a Comment